بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
الم ﴿١﴾(1) Alif, Laam, Miim.تِلكَ ءايٰتُ الكِتٰبِ الحَكيمِ ﴿٢﴾(2) Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,هُدًى وَرَحمَةً لِلمُحسِنينَ ﴿٣﴾(3) Menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baikالَّذينَ يُقيمونَ الصَّلوٰةَ وَيُؤتونَ الزَّكوٰةَ وَهُم بِالءاخِرَةِ هُم يوقِنونَ﴿٤﴾(4) Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan memberi zakat, serta mereka yakin tentang adanya hari akhirat.أُولٰئِكَ عَلىٰ هُدًى مِن رَبِّهِم ۖ وَأُولٰئِكَ هُمُ المُفلِحونَ ﴿٥﴾(5) Mereka itulah yang tetap mendapat hidayah petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.وَمِنَ
النّاسِ مَن يَشتَرى لَهوَ الحَديثِ لِيُضِلَّ عَن سَبيلِ اللَّهِ بِغَيرِ
عِلمٍ وَيَتَّخِذَها هُزُوًا ۚ أُولٰئِكَ لَهُم عَذابٌ مُهينٌ ﴿٦﴾(6)
Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan
hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang
melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari
ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula
orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah
orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.وَإِذا تُتلىٰ عَلَيهِ ءايٰتُنا وَلّىٰ مُستَكبِرًا كَأَن لَم يَسمَعها كَأَنَّ فى أُذُنَيهِ وَقرًا ۖ فَبَشِّرهُ بِعَذابٍ أَليمٍ ﴿٧﴾(7)
Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, berpalinglah dia dengan
angkuhnya, seoleh-oleh ada penyumbat pada kedua telinganya; maka
gembirakanlah dia dengan balasan azab yang tidak terperi sakitnya.إِنَّ الَّذينَ ءامَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ لَهُم جَنّٰتُ النَّعيمِ ﴿٨﴾(8) Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat,خٰلِدينَ فيها ۖ وَعدَ اللَّهِ حَقًّا ۚ وَهُوَ العَزيزُ الحَكيمُ ﴿٩﴾(9)
kekalan mereka di dalamnya. Demikian dijanjikan Allah - janji yang
tetap benar; dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.خَلَقَ
السَّمٰوٰتِ بِغَيرِ عَمَدٍ تَرَونَها ۖ وَأَلقىٰ فِى الأَرضِ رَوٰسِىَ
أَن تَميدَ بِكُم وَبَثَّ فيها مِن كُلِّ دابَّةٍ ۚ وَأَنزَلنا مِنَ
السَّماءِ ماءً فَأَنبَتنا فيها مِن كُلِّ زَوجٍ كَريمٍ ﴿١٠﴾(10)
Ia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu
melihatnya; dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya
supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia biakkan padanya
berbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu
Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak
manfaat.هٰذا خَلقُ اللَّهِ فَأَرونى ماذا خَلَقَ الَّذينَ مِن دونِهِ ۚ بَلِ الظّٰلِمونَ فى ضَلٰلٍ مُبينٍ ﴿١١﴾(11)
Ini (semuanya adalah) ciptaan Allah, maka cubalah kamu tunjukkan
kepadaKu apakah yang telah diciptakan oleh makhluk-makhluk yang lain
daripadaNya (yang kamu sembah itu)? (Tidak ada sesuatu pun) bahkan
orang-orang yang zalim (dengan perbuatan syiriknya) itu berada dalam
kesesatan yang jelas nyata.وَلَقَد
ءاتَينا لُقمٰنَ الحِكمَةَ أَنِ اشكُر لِلَّهِ ۚ وَمَن يَشكُر فَإِنَّما
يَشكُرُ لِنَفسِهِ ۖ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِىٌّ حَميدٌ ﴿١٢﴾(12)
Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat
kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada
Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka
faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa
yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana
sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.وَإِذ قالَ لُقمٰنُ لِابنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يٰبُنَىَّ لا تُشرِك بِاللَّهِ ۖ إِنَّ الشِّركَ لَظُلمٌ عَظيمٌ ﴿١٣﴾(13)
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi
nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau
mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan
syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".وَوَصَّينَا
الإِنسٰنَ بِوٰلِدَيهِ حَمَلَتهُ أُمُّهُ وَهنًا عَلىٰ وَهنٍ وَفِصٰلُهُ
فى عامَينِ أَنِ اشكُر لى وَلِوٰلِدَيكَ إِلَىَّ المَصيرُ ﴿١٤﴾(14)
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya
telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari
awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya
ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah
kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua
tempat kembali (untuk menerima balasan).وَإِن
جٰهَداكَ عَلىٰ أَن تُشرِكَ بى ما لَيسَ لَكَ بِهِ عِلمٌ فَلا تُطِعهُما ۖ
وَصاحِبهُما فِى الدُّنيا مَعروفًا ۖ وَاتَّبِع سَبيلَ مَن أَنابَ إِلَىَّ
ۚ ثُمَّ إِلَىَّ مَرجِعُكُم فَأُنَبِّئُكُم بِما كُنتُم تَعمَلونَ ﴿١٥﴾(15)
Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan
denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui
sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah
dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan
orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal
yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka
Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.يٰبُنَىَّ
إِنَّها إِن تَكُ مِثقالَ حَبَّةٍ مِن خَردَلٍ فَتَكُن فى صَخرَةٍ أَو فِى
السَّمٰوٰتِ أَو فِى الأَرضِ يَأتِ بِهَا اللَّهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ لَطيفٌ
خَبيرٌ﴿١٦﴾(16)
(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku,
sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk)
sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar
atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah
(untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus
pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.يٰبُنَىَّ
أَقِمِ الصَّلوٰةَ وَأمُر بِالمَعروفِ وَانهَ عَنِ المُنكَرِ وَاصبِر
عَلىٰ ما أَصابَكَ ۖ إِنَّ ذٰلِكَ مِن عَزمِ الأُمورِ ﴿١٧﴾(17)
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat
kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan
bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang
demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat
melakukannya.وَلا تُصَعِّر خَدَّكَ لِلنّاسِ وَلا تَمشِ فِى الأَرضِ مَرَحًا ۖ إِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ كُلَّ مُختالٍ فَخورٍ ﴿١٨﴾(18)
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah)
kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak
sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang
sombong takbur, lagi membanggakan diri.وَاقصِد فى مَشيِكَ وَاغضُض مِن صَوتِكَ ۚ إِنَّ أَنكَرَ الأَصوٰتِ لَصَوتُ الحَميرِ ﴿١٩﴾(19)
"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah
suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah
suara keldai".أَلَم
تَرَوا أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ لَكُم ما فِى السَّمٰوٰتِ وَما فِى الأَرضِ
وَأَسبَغَ عَلَيكُم نِعَمَهُ ظٰهِرَةً وَباطِنَةً ۗ وَمِنَ النّاسِ مَن
يُجٰدِلُ فِى اللَّهِ بِغَيرِ عِلمٍ وَلا هُدًى وَلا كِتٰبٍ مُنيرٍ ﴿٢٠﴾(20)
Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk
kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah
melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? Dalam
pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai
(sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau
sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang
menerangi kebenaran.وَإِذا
قيلَ لَهُمُ اتَّبِعوا ما أَنزَلَ اللَّهُ قالوا بَل نَتَّبِعُ ما وَجَدنا
عَلَيهِ ءاباءَنا ۚ أَوَلَو كانَ الشَّيطٰنُ يَدعوهُم إِلىٰ عَذابِ
السَّعيرِ ﴿٢١﴾(21)
Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): "Turutlah akan apa
yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab:" (Tidak), bahkan Kami
hanya menurut apa yang Kami dapati datuk nenek kami melakukannya".
Patutkah mereka (menurut datuk neneknya) sekalipun Syaitan mengajak
mereka itu (melakukan perbuatan yang menjerumuskan mereka) ke dalam azab
api neraka yang marak menjulang?وَمَن يُسلِم وَجهَهُ إِلَى اللَّهِ وَهُوَ مُحسِنٌ فَقَدِ استَمسَكَ بِالعُروَةِ الوُثقىٰ ۗ وَإِلَى اللَّهِ عٰقِبَةُ الأُمورِ ﴿٢٢﴾(22)
Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas)
sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah
berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh dan (ingatlah) kepada
Allah jualah kesudahan segala urusan.وَمَن كَفَرَ فَلا يَحزُنكَ كُفرُهُ ۚ إِلَينا مَرجِعُهُم فَنُنَبِّئُهُم بِما عَمِلوا ۚ إِنَّ اللَّهَ عَليمٌ بِذاتِ الصُّدورِ ﴿٢٣﴾(23)
Dan sesiapa yang kufur ingkar, maka janganlah engkau (wahai Muhammad)
berdukacita tentang kekufurannya itu; kepada Kamilah tempat kembalinya
mereka, kemudian Kami akan memberitahu kepada mereka tentang apa yang
mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala
(isi hati) yang terkandung di dalam dada.نُمَتِّعُهُم قَليلًا ثُمَّ نَضطَرُّهُم إِلىٰ عَذابٍ غَليظٍ ﴿٢٤﴾(24)
Kami akan berikan mereka menikmati kesenangan bagi sementara (di
dunia), kemudian Kami akan memaksa mereka (dengan menyeretnya) ke dalam
azab yang amat berat.وَلَئِن سَأَلتَهُم مَن خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضَ لَيَقولُنَّ اللَّهُ ۚ قُلِ الحَمدُ لِلَّهِ ۚ بَل أَكثَرُهُم لا يَعلَمونَ ﴿٢٥﴾(25)
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka
(yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah
tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad):
"Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang
demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak
mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).لِلَّهِ ما فِى السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ ۚ إِنَّ اللَّهَ هُوَ الغَنِىُّ الحَميدُ ﴿٢٦﴾(26)
Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi;
sesungguhnya Allah Dia lah jua yang Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.وَلَو
أَنَّما فِى الأَرضِ مِن شَجَرَةٍ أَقلٰمٌ وَالبَحرُ يَمُدُّهُ مِن
بَعدِهِ سَبعَةُ أَبحُرٍ ما نَفِدَت كَلِمٰتُ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ
عَزيزٌ حَكيمٌ ﴿٢٧﴾(27)
Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala
lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi
sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis.
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.ما خَلقُكُم وَلا بَعثُكُم إِلّا كَنَفسٍ وٰحِدَةٍ ۗ إِنَّ اللَّهَ سَميعٌ بَصيرٌ ﴿٢٨﴾(28)
(Bagi Allah Yang Maha Kuasa) soal menciptakan kamu semua (dari tiada
kepada ada), dan soal membangkitkan kamu hidup semula sesudah mati,
tidak ada apa-apa sukarnya, hanyalah seperti (mencipta dan menghidupkan
semula) seorang manusia sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi
Maha Melihat.أَلَم
تَرَ أَنَّ اللَّهَ يولِجُ الَّيلَ فِى النَّهارِ وَيولِجُ النَّهارَ فِى
الَّيلِ وَسَخَّرَ الشَّمسَ وَالقَمَرَ كُلٌّ يَجرى إِلىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى
وَأَنَّ اللَّهَ بِما تَعمَلونَ خَبيرٌ ﴿٢٩﴾(29)
Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang
dan memasukkan siang pada malam (silih berganti), dan Ia memudahkan
matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Tiap-tiap satu
dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Dan
(ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa
yang kamu lakukan.ذٰلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ هُوَ الحَقُّ وَأَنَّ ما يَدعونَ مِن دونِهِ البٰطِلُ وَأَنَّ اللَّهَ هُوَ العَلِىُّ الكَبيرُ ﴿٣٠﴾(30)
Bersifatnya Allah dengan penuh kekuasaan dan luas ilmu pengetahuan itu
kerana bahawasanya Allah Dia lah sahaja Tuhan Yang Sebenar-benarnya, dan
bahawa segala yang mereka sembah selain dari Allah adalah palsu belaka.
Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Dia lah Yang Maha Tinggi keadaanNya,
lagi Maha Besar (kekuasaanNya).أَلَم
تَرَ أَنَّ الفُلكَ تَجرى فِى البَحرِ بِنِعمَتِ اللَّهِ لِيُرِيَكُم مِن
ءايٰتِهِ ۚ إِنَّ فى ذٰلِكَ لَءايٰتٍ لِكُلِّ صَبّارٍ شَكورٍ ﴿٣١﴾(31)
Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut
dengan nikmat Kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian
dari tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi
tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa
bersyukur.وَإِذا
غَشِيَهُم مَوجٌ كَالظُّلَلِ دَعَوُا اللَّهَ مُخلِصينَ لَهُ الدّينَ
فَلَمّا نَجّىٰهُم إِلَى البَرِّ فَمِنهُم مُقتَصِدٌ ۚ وَما يَجحَدُ
بِـٔايٰتِنا إِلّا كُلُّ خَتّارٍ كَفورٍ ﴿٣٢﴾(32)
Dan (orang-orang yang tidak bersifat demikian) apabila mereka dirempuh
serta diliputi oleh ombak yang besar seperti kelompok-kelompok awan
menyerkup, pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan
mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata. Kemudian bila
sahaja Allah menyelamatkan mereka ke darat maka sebahagian sahaja di
antara mereka yang bersikap adil (lalu bersyukur kepada Allah serta
mengesakanNya). Dan sememangnya tiada yang mengingkari bukti-bukti
kemurahan Kami melainkan tiap-tiap orang yang bersifat pemungkir janji,
lagi amat tidak mengenang budi.يٰأَيُّهَا
النّاسُ اتَّقوا رَبَّكُم وَاخشَوا يَومًا لا يَجزى والِدٌ عَن وَلَدِهِ
وَلا مَولودٌ هُوَ جازٍ عَن والِدِهِ شَيـًٔا ۚ إِنَّ وَعدَ اللَّهِ حَقٌّ ۖ
فَلا تَغُرَّنَّكُمُ الحَيوٰةُ الدُّنيا وَلا يَغُرَّنَّكُم بِاللَّهِ
الغَرورُ ﴿٣٣﴾(33)
Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah
akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat
melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat
melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun.
Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu
diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan
oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar
perintah Allah.إِنَّ
اللَّهَ عِندَهُ عِلمُ السّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الغَيثَ وَيَعلَمُ ما فِى
الأَرحامِ ۖ وَما تَدرى نَفسٌ ماذا تَكسِبُ غَدًا ۖ وَما تَدرى نَفسٌ
بِأَىِّ أَرضٍ تَموتُ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَليمٌ خَبيرٌ ﴿٣٤﴾(34)
Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat.
Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan
sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung).
Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan
diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang
dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan